Bumbung retak seribu

Keadaan pada bumbung hentian bas berhampiran sekolah Kuala Garing.
Keadaan pada bumbung hentian bas berhampiran sekolah Kuala Garing.
A
A
A

RAWANG - Hentian bas yang diharap menjadi pelindung di saat panas dan hujan hilang fungsinya selepas bumbungnya retak seribu.

Hentian 'daif' terletak berhampiran kawasan sekolah itu masih menjadi rebutan buat pelajar-pelajar sewaktu menunggu bas sebaik selesai sesi persekolahan.

Aktivis masyarakat, AS Vinayagashanmugalingam berkata, hentian bas itu digunakan pelajar-pelajar dari empat sekolah berhampiran.

“Saya harap pihak berwajib dapat turun padang dan lihat sendiri situasi ini. Baikilah kerana setiap hari ia digunakan oleh anak-anak kita.

"Dengan ruang yang begitu terhad, adakalanya mereka yang menunggu bas terpaksa berhimpit terutama ketika hujan,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, hentian bas yang sudah berpuluh tahun ini perlu dibaiki segera.

No Image Caption

"Harap ada inisiatif untuk beri kemudahan lebih selesa kepada pelajar dan juga orang awam yang lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama, dia berharap kemudahan jejantas bagi keselamatan pelajar yang melintas turut diberi keutamaan.

"Jalan ini dari dulu memang menghadapi masalah kepadatan trafik dan setiap hari pelajar bergadai nyawa menyeberang jalan untuk ke hentian bas arah ke Batu Arang.

"Pihak berwajib perlu ambil tindakan segera dengan meningkatkan aspek keselamatan dengan pencahayaan, menampal reflektor (pemantul) keselamatan tempat menunggu bas dan papan tanda kawasan sekolah," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MPS, Ahmad Fauzi Ishak berkata, MPS di bawah Jabatan Kejuruteraan maklum dengan permasalahan tersebut dan dalam tindakan penggantian.

"Fokus penggantian hentian bas uzur telah diperuntukkan bagi tahun 2019 dan bakal dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya.