X

Kindly register in order to view this article
!

Kabinet setuju cadangan KKM naikkan gred pegawai perubatan

Dzulkefly (dua dari kiri) menyaksikan Sultan Muhammad V ketika berkenan menandatangani buku pelawat di Hospital Sultan Ismail Petra hari ini.
A
A

KUALA KRAI - Kabinet telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menaikkan gred pegawai perubatan berstatus kontrak Gred UD41 ke UD43.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu sudah muktamad dan ia bukanlah satu isu besar meskipun menimbulkan pertikaian pada awalnya.

Menurutnya, beliau telah diberikan mandat untuk menyusuli perkara ini bagi membincangkan langkah-langkah seterusnya.

"Saya sudah membentangkan cadangan ini kepada Kabinet dan secara prinsipnya kabinet tidak mempunyai masalah untuk meluluskannya.

"Untuk langkah seterusnya, saya akan membuat perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) bagi menentukan berapa ramai jumlah pegawai yang terlibat.

"Ia adalah usaha menangani ketidakseimbangan gaji doktor di hospital kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai yang dirasmikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di sini hari ini.

Terdahulu, Dzulkefly berkata, ia antara perkara yang diusahakan kementerian sejajar dalam reformasi Skim Perkhidmatan Kesihatan (HAC).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus