Sila log masuk terlebih dahulu.

Kemudahan kesihatan terbaik untuk jemaah haji di Madinah

A
A
A

BERITA MOJO 31 MEI 2023

Menjadi negara pertama mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan Arab Saudi untuk membuka pusat kesihatan di Madinah bagi tahun kedua berturut-turut adalah satu pencapaian yang membanggakan bagi Tabung Haji (TH), lapor wartawan Sinar Harian, Badruldin Zakaria dari Madinah Al Munawwarah.

Berkongsi pencapaian itu, Pengarah Operasi Madinah (Madinah), Dr Abdul Jalil Ahmad berkata, pusat kesihatan atau Pusat Rawatan Madinah (PRM) mempunyai fasiliti yang lengkap dari segi jumlah pakar dan kemudahan kepada pesakit.

Menurutnya, terdapat 59 petugas perubatan yang terdiri daripada pakar kecemasan, pakar bius, pakar perubatan keluarga dan pakar perubatan kesihatan awam.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/Gey8

Muzik: A day to remember dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian