Si bulus tersangkut atas pokok kelapa

Anggota bomba menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap atas pokok di Tali Air 11, Pasir Panjang semalam.
A
A

SABAK BERNAM - Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan menyelamatkan seekor kucing yang tersangkut atas pokok setinggi kira-kira lima meter di Tali Air 11, Pasir Panjang di sini semalam.

Ketua BBP Sekinchan, Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Anuar Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.10 petang.

Menurutnya, sebuah jentera dan van EMRS dengan 11 anggota dan pegawai ke lokasi kejadian

"Anggota menggunakan tangga bagi menyelamatkan kucing berkenaan yang dipercayai sudah beberapa jam di atas pokok itu.

"Kucing berkenaan tidak agresif dan anggota mudah menangkapnya meskipun berpaut pada pelepah kelapa," katanya.

Katanya, pihaknya mengambil masa 10 minit menurunkan haiwan itu.

"Kucing itu berjaya dibawa turun dan diserahkan semula kepada pemiliknya yang turut berada di lokasi," katanya.