Angin kencang, laut bergelora di perairan Sabah

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut tropika Kalmaegi yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan berhampiran perairan Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, jabatan itu memaklumkan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 1,367 kilometer (km) ke timur laut Kudat, Sabah.

Berdasarkan pencerapan jam 5 pagi ini, kedudukan ribut tropika berada kira-kira 183km ke timur laut Luzon, Filipina dan bergerak ke arah selatan barat daya dengan kelajuan 30km sejam. - Bernama

Artikel Berkaitan: