Tiada cadangan jual KFC dan Pizza Hut, kata MB Johor

Sahruddin (dua dari kiri) melihat penerbangan dron oleh JAS Johor di Bangunan Dato Jaafar Muhammad di sini hari ini.
Sahruddin (dua dari kiri) melihat penerbangan dron oleh JAS Johor di Bangunan Dato Jaafar Muhammad di sini hari ini.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - "Sehingga hari ini tiada lagi cadangan untuk jual sebaliknya QSR Brand (M) Holdings (QSR) akan fokus kukuhkan pengeluaran," jelas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas laporan berita The Straits Times mengenai rancangan QSR Brand (M) Holdings (QSR) dipercayai merancang menjual dua rangkaian restoran makanan segera miliknya iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza Hut di Asia Tenggara pada harga kira-kira A$1.96 bilion (RM6 bilion).

Rancangan penjualan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah ekonomi di Malaysia yang perlahan dan kurang memberangsangkan di Asia Tenggara

Semalam berita mengenai rancangan penjualan restoran makanan segera itu dikongsi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebook miliknya.

Sahruddin menegaskan QSR akan memberi perhatian kepada pengeluaran di peringkat pertengahan dan keperluan dalam industri makanan.

"Pembangkang ini kalau diberi minyak wangi pun dia bau busuk," katanya selepas mesyuarat khas bagi membincangkan hasil kajian di Pasir Gudang di Bangunan Dato Jaafar Muhammad di sini hari ini.

Untuk rekod, majoriti saham KFC Malaysia sebanyak 51 peratus dipegang oleh Johor Corporation yang juga milik penuh kerajaan Johor.

Selain itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut memiliki saham rangkaian restoran berkenaan sebanyak 25 peratus.

Artikel Berkaitan: