'Sunda' terlibat lapan kes pecah rumah dicekup

Nor Azmi bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang akhbar di IPD Sabak Bernam di sini hari ini.
Nor Azmi bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang akhbar di IPD Sabak Bernam di sini hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Meskipun mempunyai lapan rekod lampau pecah rumah namun seorang lelaki tidak pernah serik dengan kegiatannya apabila terlibat dalam kejadian sama di Site B Sekinchan di sini 14 November lalu.

Dalam serbuan jam 2.10 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, suspek yang juga dikenali sebagai 'Sunda' itu ditahan di sebuah rumah di Taman Berkat, Sungai Besar.

"Hasil maklumat awam dan risikan polis, suspek yang bergiat aktif dalam kegiatan pecah rumah itu akhirnya dicekup," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam hari ini.

Nor Azmi berkata, polis turut merampas telefon bimbit yang dilarikan dalam kejadian terbabit

Beliau memberitahu, dalam kejadian itu, suspek meminta wang daripada mangsa berusia 40 tahun.

"Mangsa enggan menuruti permintaan menyebabkan suspek bertindak melarikan telefon bimbit dan segugus kunci milik mangsa," katanya.

Katanya, susulan kejadian itu, mangsa kemudiannya bertindak membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

"Suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan dan kss disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.