Hishammuddin nafi rancang pertemuan

Hishammuddin Tun Hussein
Hishammuddin Tun Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dakwaan bahawa beliau merancang pertemuan antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Putrajaya malam tadi.

"Tuduhan yang saya mengetuai pertemuan antara Azmin dan Ahli Parlimen BN semalam tidak benar sama sekali.

"Bukan saya yang rancang pertemuan tersebut namun jika Lembaga Disiplin UMNO nak siasat saya, saya sedia disiasat. Tiada apa saya hendak sembunyikan," kata Ahli Parlimen Sembrong itu menerusi laman Twitternya.

Hishammuddin mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam untuk membuat laporan dengan lembaga disiplin selepas berita pertemuan itu tersebar.

Difahamkan malam tadi sekurang-kurangnya 22 Ahli Parlimen BN dilapor berada di kediaman rasmi Azmin di Presint 10, Putrajaya.

Lokman mendakwa, Hishammuddin sebelum ini bertindak sebagai 'orang tengah' untuk membawa masuk Ahli Parlimen UMNO bagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Mohamed Apandi Ali dalam satu kenyataan berkata, lembaga itu menjangka menerima aduan mengenai pertemuan berkenaan.

"Lembaga disiplin akan segera mengambil tindakan dengan menyiasat perkara itu mengikut prosedur sedia ada dan membuat keputusan sewajarnya.

Artikel Berkaitan:

"Perlu ditegaskan lembaga disiplin diberi amanah dan tanggungjawab oleh parti dengan kuasa-kuasa tertentu di bawah perlembagaan UMNO dan akan menjalankan tanggungjawab secara tegas, jujur dan saksama 'without fear or favour'," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mohamed Azmin jumpa Ahli Parlimen PH, BN di Putrajaya malam ini