'Dakwaan Ahli Parlimen Temerloh hilang ingatan tak benar'

Ahmad Tarmizi semasa berucap mewakili Mohd Anuar di Majlis Sumbangan 'Jom Ke Sekolah 2020 di Dewan Tun Razak di sini hari ini.
Ahmad Tarmizi semasa berucap mewakili Mohd Anuar di Majlis Sumbangan 'Jom Ke Sekolah 2020 di Dewan Tun Razak di sini hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Khabar angin yang tular mendakwa Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Anuar Tahir hilang ingatan dan tidak mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat adalah tidak benar.

Setiausaha sulitnya, Ahmad Tarmizi Ismail menafikan perkara itu dan menyifatkan penyebaran berita palsu itu satu tindakan tidak bermoral.

Menurutnya, buat masa ini, Ahli Parlimen Temerloh itu sedang dirawat di hospital dan kini dalam fasa pemulihan.

"Kita telah dikejutkan tular mengatakan beliau tidak sihat dan tidak boleh mengenali orang. Itu sebenarnya satu kerja yang saya rasa tidak bermoral.

"Saya telah melawat beliau dalam dua hari lalu. Alhamdulillah beliau sedang dalam proses pemulihan dan sedang diberi pemulihan dalam fisioterapi," katanya yang mewakili Mohd Anuar pada Majlis Sumbangan 'Jom Ke Sekolah 2020 di Dewan Tun Razak di sini hari ini.

Seramai 400 murid dan pelajar di Parlimen Temerloh menerima sumbangan peralatan persekolahan sumbangan Yayasan Taqwa dalam program diadakan itu.


Sebahagian murid yang penerima sumbangan peralatan persekolahan yang disumbangkan Yayasan Taqwa bersama Ahmad Tarmizi dan Zabidi sempena majlis tersebut.
Sebahagian murid yang penerima sumbangan peralatan persekolahan yang disumbangkan Yayasan Taqwa bersama Ahmad Tarmizi dan Zabidi sempena majlis tersebut.

Hadir sama Ketua Eksekutif Yayasan Taqwa, Zabidi Nasan.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Tarmizi berkata, doktor memaklumkan Mohd Anuar semakin pulih dan dijangka dibenarkan keluar wad dalam masa terdekat.

"Pemulihan semula jadi telah berlaku beliau tidak perlu melalui proses pembedahan.

"Insya- ALLAH beliau (Mohd Anuar) boleh keluar wad dalam masa terdekat, kita doakan bersama semoga beliau cepat sembuh dan kembali bertugas," katanya.

Baru- baru ini tular di media sosial mengenai keadaan Mohd Anuar dikatakan hilang ingatan dan tidak mampu menjalankan tugas sehingga perkara itu kecoh terutama di Parlimen Temerloh.