Bomba selamatkan lembu jatuh longkang

Bomba mengambil masa hampir setengah jam untuk menyelamatkan lembu yang terjatuh dalam longkang.
Bomba mengambil masa hampir setengah jam untuk menyelamatkan lembu yang terjatuh dalam longkang.
A
A
A

KUALA KRAI - Seekor lembu ditemui dalam keadaan lemah dalam longkang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kuala Krai, di sini pagi tadi.

Bagaimanapun, tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah Kuala Krai berjaya menyelamatkan lembu terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar -rafee Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.06 pagi tadi.

Katanya, menurut penduduk lembu berkenaan disedari berada di dalam longkang itu sejak awal pagi.

"Seramai sembilan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Razani Mamat menjalankan operasi menyelamat menggunakan tali dan hose.

"Lembu terbabit berjaya diselamatkan dari longkang lebih kurang lima kaki itu pada jam 8.59 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan: