Wabak rabies: 140,103 anjing telah divaksin

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 140,103 daripada kira-kira 205,000 ekor anjing telah divaksin sejak 2017 sehingga kini dalam usaha mengawal penularan wabak rabies di Sarawak.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, kajian mendapati 95 peratus penularan wabak rabies adalah menerusi bawaan anjing.

Menurutnya, ketika ini Sarawak adalah antara negeri yang amat terdedah kepada wabak berkenaan di mana setakat ini ia telah meragut 21 nyawa.

“Di semenanjung, kita buat operasi mevaksin anjing di Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak iaitu di kawasan 50 hingga 80 kilometer daripada sempadan Thailand yang dikenali sebagai kawasan imun. Dengan kaedah begini kita dapat kawal supaya ia tak merebak di negeri di sebelah selatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rabies Sedunia 2019 di sini semalam.Dr Quaza Nizamuddin berkata, tiada kes jangkitan rabies dilaporkan semenanjung sepanjang tahun ini.

“Rakyat tak perlu bimbang cuma di Sarawak, ia masih dalam program kawalan penyakit.

“Kebanyakan kawasan di Sarawak kita telah vaksin, cuma usaha yang lebih tinggi perlu dilakukan di kawasan Kuching,” katanya sambil menambah bahawa selain anjing, turut positif sebagai pembawa wabak rabies adalah kucing namun bilangannya adalah rendah.

Artikel Berkaitan: