Bot pukat tunda ditahan, 600kg ikan dirampas

Bot pukat tunda dirampas bersama 600kg ikan.
Bot pukat tunda dirampas bersama 600kg ikan.
A
A
A

GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang merampas 600 kilogram (kg) ikan termasuk 100kg ikan baja dirampas selepas penahanan sebuah bot pukat tunda kelas B1 pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, bot tersebut ditahan kerana menceroboh kawasan menangkap ikan di kedudukan 5.6 batu nautika, tenggara Pulau Kendi pada jam 11.20 pagi.

Menurutnya, turut ditahan empat nelayan tempatan berusia lingkungan 60 hingga 69 tahun.

"Ketika sepasukan APMM Pulau Pinang melakukan rondaan, mereka telah mengesan sebuah bot pukat tunda kelas B1 dipercayai sedang menunda ikan dalam keadaan mencurigakan. Empat nelayan tempatan berada dalam bot tersebut dengan hasil tangkapan.

"Turut dirampas, dua gulung pukat tunda, ikan baja anggaran 100kg dan ikan campur anggaran berat 500kg. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Batu Uban untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, keempat-empat nelayan itu dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan di bawah 8 batu nautika.

Artikel Berkaitan: