Bas bawa pengundi Islam diserang di Sri Lanka

Pegawai pilihan raya membawa bahan kelengkapan untuk ke pusat mengundi semalam. Berjuta pengundi berdaftar di Sri Lanka akan membuat pilihan presiden mereka hari ini. - Foto Agensi
Pegawai pilihan raya membawa bahan kelengkapan untuk ke pusat mengundi semalam. Berjuta pengundi berdaftar di Sri Lanka akan membuat pilihan presiden mereka hari ini. - Foto Agensi
A
A
A

COLOMBO - Konvoi bas yang membawa majoriti pengundi minoriti Islam diserang sekumpulan lelaki bersenjata di barat laut Sri Lanka hari ini.

Insiden itu berlaku di daerah Mannar beberapa jam sebelum Pilihan Raya Presiden negara itu bermula.

Tiada laporan kematian tetapi polis berkata, penyerang membakar tayar di atas jalan dan membuat sekatan sebelum menyerang konvoi terbabit.

“Penyerang menembak dan membaling batu. Sekurang-kurangnya dua bas terkena serangan.

"Tetapi kami tidak menerima laporan kematian,” kata pegawai polis di Tantitimale kira-kira 240 kilometer di utara Colombo.

Konvoi melibatkan lebih 100 buah bas tersebut tiba di pusat pengundian selepas diiringi polis. - Agensi

Artikel Berkaitan: