X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu lori sampah parah dirempuh kereta

Keadaan ketika kejadian pagi tadi.
A
A

GEORGETOWN - Seorang pemandu lori sampah parah selepas dirempuh kereta dalam kejadian di Jalan Anson berhampiran Bangunan Persekutuan pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, Mukhtar Bahari, 62, yang sedang melakukan kerja pembersihan di belakang lori sebelum kereta jenis Produa Axia dipandu seorang wanita merempuhnya.

Akibat kejadian itu, mangsa tersepit di bawah kereta berkenaan dan cedera parah di kaki.

Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lori terbabit diletakkan di bahu jalan dan kereta yang dipandu wanita itu datang dari arah Jalan Burma menuju ke Jalan Macalister.

"Sehingga kini kita sedang mengesan pemandu wanita berkenaan berikutan dia tiada di lokasi kejadian selepas kemalangan berlaku malah belum membuat sebarang laporan mengenai kejadian itu.

"Bagaimanapun hasil semakan mendapati kereta berkenaan milik seorang lelaki berusia 67 yang tinggal di sebuah kondominium di Jelutong," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Che Zaimani berkata, siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 (A) (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!