Peniaga burger ditikam dengan pisau pemotong sayur

Orang ramai yang berada di tempat kejadian membantu mangsa yang ditikam seorang lelaki di Jalan Tunku Asaad, Kulim malam tadi.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian membantu mangsa yang ditikam seorang lelaki di Jalan Tunku Asaad, Kulim malam tadi.
A
A
A

KULIM - Seorang peniaga burger ditikam dengan pisau pemotong sayur ketika cuba menyelamatkan tabung jualannya daripada disamun di Jalan Tunku Asaad, Kulim jam 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusof Shaari berkata, mangsa yang berusia 32 tahun mengalami kecederaan di bahagian dada dirawat di Hospital Kulim dan dilapor berada dalam keadaan stabil.

"Semasa mangsa berniaga di gerai burger, tiba-tiba seorang lelaki seperti orang tidak siuman datang cuba merampas wang tunai dalam tabung di atas meja tetapi dihalang mangsa.

"Suspek sempat mencapai sebilah pisau pemotong sayur berdekatan meja lalu menikam mangsa dan mengenai dadanya. Orang awam dan rakan yang kebetulan berada di tempat kejadian berjaya menangkap suspek," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Yusof, semakan ke atas lelaki yang berumur 34 tahun berasal dari Perak itu mendapati dia tidak bekerja selain dipercayai mengalami tekanan mental.

"Suspek juga mempunyai satu rekod jenayah lampau dan pihak polis merampas sebilah pisau milik peniaga burger. Siasatan masih lagi dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: