Guru tuisyen melecur, nyaris maut

Dua buah rumah terbakar di Kampung Batu Dua, Sungai Petani pagi tadi.
Dua buah rumah terbakar di Kampung Batu Dua, Sungai Petani pagi tadi.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang guru tuisyen nyaris maut selepas terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Batu Dua, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Loo Xiao Hong, 44, bagaimana pun berjaya diselamatkan jiran dan beberapa anggota badan termasuk belakang badan, kaki dan lengan melecur ketika dia cuba menyelamatkan diri.

Xiao Hong berkata, dia cuba untuk keluar ketika api sedang merebak namun pintu rumah tidak dapat dibuka.

"Nasib baik ada orang tolong, kalau tidak tak tahu apa akan jadi," katanya.

Difahamkan, ketika kejadian, beberapa jiran datang membantu dan cuba membuka pintu rumahnya, sebelum mangsa berjaya diselamatkan.

Kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Batu Dua Sungai Petani.
Kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Batu Dua Sungai Petani.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 8.04 pagi dan mendapati seorang mangsa cedera sehingga melecur 40 peratus.

"Kebakaran membabitkan dua buah rumah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.