X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

50 peratus rabun jauh menjelang 2050

rabun jauh
SUMBANGAN kepada murid memerlukan yang terpilih.
A
A

Focus Point ambil pendekatan melawat kawasan pedalaman, beri kesedaran kepentingan mata

KAJIAN mengenai rabun jauh atau myopia yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2016 menunjukkan, 10 peratus daripada kanak-kanak Malaysia mengalami masalah penglihatan tanpa mengetahuinya.

Tinjauan sama juga menunjukkan ramai kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun mengalami masalah berkaitan mata yang boleh menyebabkan 'kelusuhan' penglihatan berpanjangan malah buta jika tidak diubati dengan segera.

Kadar rabun jauh sedunia kini adalah 30 peratus dan dijangka meningkat kepada 50 peratus menjelang tahun 2050 iaitu hampir 1,000 juta orang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Focus Point Holdings Berhad (Focus Point), Datuk Liaw Choon Liang berkata, kebanyakan kita menyangka penglihatan hanya semakin berkurangan apabila semakin tua.

Hakikatnya rabun jauh dalam kalangan murid sekolah sedang meningkat pada kadar yang menakutkan.

"Perangkaan itu mengejutkan dan mendorong kami untuk mempelopori usaha ini.

"Bersama rakan kerjasama, kami akan melawat sekolah terpilih di seluruh negara termasuklah di kawasan-kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan untuk memeriksa kesihatan mata, di samping mengajar kanak-kanak sekolah mengenai betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan mata mereka,” katanya sempena sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2019 di ibu negara baru-baru ini.

Hadir merasmikan program, Presiden Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia Datuk Seri Garry Chua.

Bagi meraikan hari tersebut, Focus Point telah menganjurkan beberapa aktiviti bermula 7 Oktober hingga 13 Oktober.

Menurut Choon Liang matlamat Focus Point, mendidik orang ramai mengenai kepentingan penglihatan dan penjagaan mata yang sewajarnya.

"Isu-isu seperti peningkatan rabun jauh atau myopia dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda, kelusuhan penglihatan dan buta juga sebenarnya boleh dielakkan.

"Bagi kawasan pedalaman di negeri-negeri terpilih, kami mengajar cara dan tabiat yang terbaik untuk menjaga kesihatan mata mereka, menjalankan pemeriksaan dan memberikan cermin mata kepada mereka yang memerlukannya,” katanya tentang program yang turut mendapat kerjasama Yayasan OneSight dan Kiwanis Malaysia itu.

Ujarnya lagi, sehingga kini, program bantuan sekolah Focus Point telah menampakkan kesan positif di lebih 80 buah sekolah di seluruh negara.

Sebanyak 600 kaca mata juga telah disasarkan sebagai sumbangan kepada pelajar yang memerlukannya.

Maklumat lanjut mengenai Focus Point dan usaha-usahanya bagi Hari Penglihatan Sedunia, layari www.focus-point.com atau https://www.facebook.com/FocusPointFP.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hari Penglihatan Sedunia, layari https://www.iapb.org/advocacy/world-sight-day


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!