Tunjuk bukti saya hina, ugut tidak bayar gaji penjawat awam: Guan Eng

Antara yang hadir pada program ceramah Pakatan Harapan PRK Tanjung Piai di Tapak Terminal Bas Kukup Laut malam ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Antara yang hadir pada program ceramah Pakatan Harapan PRK Tanjung Piai di Tapak Terminal Bas Kukup Laut malam ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PONTIAN - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mencabar parti pembangkang menunjukkan bukti beliau mengeluarkan kenyataan menghina penjawat awam dan mengugut tidak membayar gaji mereka dalam satu ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah membuat ugutan sedemikian, sebaliknya hanya meminta mereka bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan(PH) bagi memastikan pelaksanaan dasar kerajaan lancar.

Menurutnya, inisiatif itu berbeza dengan kerajaan Kelantan yang pandai menghentamnya dengan pelbagai dakwaan, tetapi terpaksa meminjam duit kerajaan pusat untuk membayar gaji kakitangan awam negeri itu.

"Ada pihak pembangkang kata saya hina penjawat awam sampi ugut tidak mahu bayar gaji mereka... Saya minta bukti di mana saya cakap macam itu?

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin DAP prejudis terhadap penjawat awam, kata Asyraf Wajdi

Guan Eng tak kecam penjawat awam, kata Muhyiddin

"Kita tidak pernah ugut tidak bayar gaji penjawat awam...tidak macam negeri Kelantan yang tidak mampu bayar gaji penjawat awam, bila kita bagi... saya kena hentam.

"Mereka (kerajaan Kelantan) minta RM150 juta untuk bayar gaji kakitangan awam... kita lulus... minta pula RM191.5 juta untuk bayar gaji ahli pentadbiran negeri Kelantan, kita bantu. Takkan penjawat awam kita hendak ugut tidak bayar... mereka hendak menang dengan penipuan dan fitnah?," katanya sewaktu menyampaikan ucapan pada program ceramah perdana PH sempena PRK Parlimen Tanjung Piai di Kukup di sini malam ini.

Artikel Berkaitan:

Program disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan turut dihadiri calon PH, Karmaine Sardini itu menerima kehadiran lebih 2,000 penduduk setempat.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng turut menyifatkan Barisan Nasional(BN) dan MCA sebagai talam dua muka apabila memainkan isu sentimen perkauman dengan nada berlainan bergantung kepada segmen pengundi Parlimen Tanjung Piai.

Menurutnya, apabila BN dan MCA berhadapan dengan pengundi masyarakat Cina, mereka mendakwa DAP alat Tun Dr Mahathir, sebaliknya apabila berdepan masyarakat Melayu, mereka mendakwa parti-parti lain termasuk Parti Pribumi Rakyat Malaysia(Bersatu) menjadi alat DAP.

"Sebagai rakan PH, sekiranya calon kita, Karmaine Sardini jadi ahli parlimen... bila saya sebut (Pengerusi DAP Johor) Liew Chin Tong tolong, ini sudah jadi ejen DAP... itu sikap parti pembangkang, parti rasis.

"Dalam kalangan MCA pula cakap lain... itu Chin tong sudah turun pangkat, jadi ejen Karmaine. Mereka main talam dua muka.

"Sebab itu kita minta pengundi menangkan calon PH kerana PH tetap berpegang prinsip menunaikan setiap janji yang diberikan kepada rakyat," katanya.