Feri penumpang selamatkan nelayan hanyut

Kakitangan feri menyelamatkan seorang nelayan disyaki hanyut di perairan Langkawi berdekatan Pulau Tuba.
Kakitangan feri menyelamatkan seorang nelayan disyaki hanyut di perairan Langkawi berdekatan Pulau Tuba.
A
A
A

ALOR SETAR - Sebuah feri penumpang, Star City 6 dalam perjalanan daripada Terminal Penumpang Kuala Kedah ke Langkawi hari ini menyelamatkan seorang nelayan yang hanyut.

Kapten feri, Ling Heng Teck berkata, kejadian itu berlaku selepas feri membawa penumpang seramai 351 orang keluar daripada Terminal Penumpang Kuala Kedah kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Menurutnya, beliau menyedari ada satu objek terapung menyerupai manusia ketika berada di perairan Langkawi berdekatan Pulau Tuba.

"Setelah satu jam 25 minit perjalanan, saya mendapati ada satu objek terapung menyerupai manusia di kawasan berkenaan.

"Sebaik objek berkenaan dikenal pasti,saya mengambil keputusan untuk menyelamatkan mangsa yang dipercayai seorang lelaki," katanya.

Katanya, pihaknya mengambil masa kira-kira 45 minit untuk operasi menyelamat mangsa yang mana keadaannya didapati dalam keadaan lemah.

Menurutnya, mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Langkawi di sini kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Artikel Berkaitan: