Ribut tropika Kalmaegi bergerak menjauhi Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut tropika Kalmaegi bergerak menjauhi Malaysia daripada lokasi terakhirnya pagi ini di Timur Laut Samar Island, Filipina.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, ia kini bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 15km/j dengan kelajuan maksimum boleh mencapai 65km/j.

Lokasi terdekat di Malaysia bagi ribut itu adalah timur laut Sandakan di Sabah, sejauh kira-kira 1,405 kilometer.

Ribut tropika itu tidak memberi kesan signifikan kepada Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: