UniMAP sedia tempat untuk pelajar OKU

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof Dr Mohd Fo'ad Sakdan
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof Dr Mohd Fo'ad Sakdan
A
A
A

ARAU - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terbuka menerima pelajar berstatus orang kurang upaya (OKU) dan bersedia untuk mewujudkan kemudahan yang diperlukan pelajar tersebut.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof Dr Mohd Fo'ad Sakdan berkata, setakat ini UniMAP mempunyai 10 pelajar OKU daripada pelbagai kategori.

Menurutnya, pihak universiti mengamalkan polisi dan dasar keterbukaan dalam memberikan peluang serta kemudahan kepada golongan ini untuk melanjutkan pelajaran.

"Saya yakin pihak kementerian juga tidak akan keberatan menyediakan bajet tambahan untuk memberi sokongan kepada golongan ini," katanya.

Mohd Fo'ad berkata, kesemua pelajar OKU yang berdaftar di UniMAP akan dipanggil untuk berbincang berkaitan bentuk kemudahan yang mereka perlukan sepanjang tempoh pengajian.

"Di UniMAP kita sediakan 16 buah bilik penginapan yang mesra OKU. Bilik berkenaan disusun atur mengikut keperluan dan keselesaan mereka," katanya.

Beliau berkata, pihak UniMAP mempunyai Skim Program Dedikasi Diri di kalangan pelajar.

"Melalui skim ini kita akan melantik pelajar atau bekas pelajar yang mempunyai kemahiran seperti bahasa isyarat untuk membantu pelajar OKU yang bisu dan pekak.

Artikel Berkaitan:

"Mereka ini akan berkhidmat secara separuh masa dan akan dibayar oleh pihak universiti melalui skim berkenaan," katanya.