Skandal 1MDB: Pendengaran lucut wang RM1 juta PBRS 28 November

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 28 November untuk mendengar permohonan pendakwaan untuk melucut hak ke atas wang RM1 juta daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim memohon satu tarikh baharu untuk pendengaran.

“Ini kerana Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes ini terlibat dengan arahan pertukaran,” katanya semasa sebutan kes itu yang turut dihadiri peguam K Lavinia yang mewakili PBRS yang merupakan responden manakala pendakwaan selaku pemohon dalam permohonan lucut hak itu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya pada sidang akhbarnya sebelum ini berkata, permohonan perlucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Latheefa berkata, tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) di mana suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama

Artikel Berkaitan: