Penyelia kilang didenda RM10,000 miliki kayu merbau

Tertuduh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 kerana memiliki 10 tual kayu jenis merbau secara haram di sebuah kilang kayu di Baling, September lalu.
Tertuduh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 kerana memiliki 10 tual kayu jenis merbau secara haram di sebuah kilang kayu di Baling, September lalu.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang penyelia kilang didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kayu merbau tanpa kebenaran di Baling, dua bulan lalu.

Hukuman itu diputuskan Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan terhadap Bo Bo Tun, 36, yang juga warganegara Myanmar selepas dia mengaku bersalah pertuduhan disabitkan ke atasnya itu.

Berdasarkan pertuduhan, Bo Tun didakwa mengawal kayu merbau sebanyak 10 tual kayu merbau iaitu spesies bernilai tinggi sepanjang 3.6 meter setiap tual dengan diameter antara 60 hingga 127 sentimeter.

Dia melakukan kesalahan mempunyai hasil hutan yang membabitkan royalti, premium dan ses mengenai hasil hutan yang tidak dibayar kepada pihak berkuasa negeri itu di sebuah kilang papan di Jalan Kuala Pegang, Baling kira-kira jam 9.15 pagi 2 September lalu.

Dia didakwa mengikut Subseksyen 84(1) Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] mengikut Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1985 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Mason Jaro Lenya Barayan meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap Bo Tun yang sudah berada di Malaysia selama lapan tahun.

Bagaimanapun, Bo Tun merayu supaya hukuman diringankan dengan alasan dia yang tidak arif undang-undang di Malaysia perlu menyara isteri yang sedang hamil serta anak berusia tiga tahun di negara asal.

Saya janji tidak akan ulangi kesalahan dan saya akan berhati-hati melakukan tugasan supaya tidak menyalahi undang-undang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Selepas mendengar rayuan itu Priscilla menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 atau 10 bulan penjara jika gagal membayar denda dan beliau mengarahkan hasil hutan dilucut hak kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.