Anggota Kongres bertudung ikrar menyatupadukan etnik di AS

Ilhan (dua kanan) semasa upacara mengangkat sumpah sebagai anggota Kongres di Capitol Hill pada Khamis. - AFP
Ilhan (dua kanan) semasa upacara mengangkat sumpah sebagai anggota Kongres di Capitol Hill pada Khamis. - AFP
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Anggota Kongres Muslim yang pertama memakai tudung berikrar untuk memerangi usaha Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk memecahbelahkan masyarakat berbilang etnik di negara tersebut.

Ilhan Omar, anggota Demokrat yang memenangi kerusi Dewan Perwakilan di Minnesota telah mengangkat sumpah menggunakan kitab suci al-Quran pada Khamis.

"Saya merancang untung menentang percubaan Pentadbiran semasa yang kini dilihat cuba melaga-laga dan memecahbelahkan kita.

"Selain itu, saya cuba menghapuskan dasar-dasar yang merosakkan serta menghalang hak serta kebebasan kita.

"Percayalah, kita berpeluang untuk membina budaya yang lebih inklusif dan penuh kasih sayang, yang membolehkan ekonomi kita berkembang dan menggalakkan lebih ramai rakyat AS untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi di negara ini," katanya sebaik selesai upacara mengangkat sumpah.

Ilhan, 30, pelarian dari Somalia mengalahkan pesaingnya menggantikan Keith Ellison dalam pilihan raya separuh penggal AS, sekali gus menyaksikan beliau muncul wakil Islam pertama pernah dilantik ke Kongres.

Pekerja sosial, Rashida Tlaib kelahiran Detroit yang berasal dari keluarga pendatang Palestin pula, mengisi kerusi Dewan Perwakilan tanpa persaingan dari wakil Republikan.

Kemenangan dua ahli politik itu menjadikan jumlah wakil Islam di Dewan Perwakilan kepada tiga.

Artikel Berkaitan:

Ilhan dan Rashida menentang kuat polisi anti-migran Trump dan dasar parti Republikan pimpinannya. - Agensi