Lelaki dikhuatiri lemas

MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID

Pasukan penyelamat melakukan pencarian mangsa di sekitar lokasi dia dikatakan jatuh. Foto IHSAN APM
Pasukan penyelamat melakukan pencarian mangsa di sekitar lokasi dia dikatakan jatuh. Foto IHSAN APM
A
A
A

TELUK INTAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Bidor ketika melakukan kerja pemasangan paip berhampiran sungai berkenaan di Ladang Sussec, Langkap, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Teluk Intan, Azroisan Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.27 petang memaklumkan bahawa terdapat seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam sungai.

"Setibanya anggota dilokasi kejadian, usaha mencari mangsa terus dijalankan, namun ia ditangguh pada jam 6.55 petang semalam ekoran hari semakin gelap.

"Operasi mencari mangsa disambung jam 8 pagi tadi dibantu dengan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang akan membuat selaman," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, kedalaman air sungai ketika ini dianggarkan sedalam empat meter dan lebar sungai adalah sejauh 20 meter dengan air dilaporkan keadaan sederhana deras.

Artikel Berkaitan: