Belum putus cadangan bina lapangan terbang baharu di Tioman

Kementerian Pengangkutan Malaysia
Kementerian Pengangkutan Malaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Pulau Tioman, Pahang masih belum diputuskan.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan di sini hari ini menjelaskan, cadangan tersebut akan dibentangkan terlebih dahulu dalam Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) sebelum pihak kementerian membuat pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan tersebut.

“Sehubungan itu sehingga kini tiada sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan projek ini,” katanya.

Minggu lepas satu laporan media memetik Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kabinet telah meluluskan pembinaan sebuah lapangan terbang baharu di Pulau Tioman, Rompin.

Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada bila-bila masa sahaja.

Katanya, pembinaan lapangan baharu yang terletak di Kampung Tekek itu kini sedang dalam proses awalan.

Artikel Berkaitan: