MB Perak tidak dikenakan tindakan disiplin: Dr Mahathir

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

PUTRAJAYA - Bersatu memutuskan tiada sebarang tindakan disiplin akan dikenakan terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung kenyataan kontroversi beliau mengenai DAP ketika berkempen di Tanjung Piai Johor minggu lalu.

Perkara itu disahkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Menurutnya, kenyataan Ahmad Faizal itu dibuat selepas beliau ditanya oleh sekumpulan nelayan yang mahukan penjelasan mengatakan DAP menguasai Pakatan Harapan (PH).

"Dia dihadapkan (berdepan) dengan nelayan yang begitu agresif yang mana mereka menganggap PH ini dikuasai oleh DAP.

"Jadi dia (Ahmad Faizal) terangkan sebab kadang-kadang kita dalam situasi tertentu kena jelaskan keadaan sebenar.

"Dalam PH ini ada kala DAP kuasai, Bersatu kuasa dan di Melaka Amanah (kuasai). Tetapi di Perak dia (Ahmad Faizal) masih menguasai kerajaan," katanya.

Terdahulu tular klip video Ahmad Faizal mendedahkan beliau terpaksa berlawan dengan DAP di Perak.

Menerusi rakaman video itu Ahmad Faizal berkata, usaha yang dilakukan untuk mempertahankan tanah masyarakat Melayu dan agama Islam dilakukan berseorangan dengan bantuan rakan-rakan dalam UMNO.

Artikel Berkaitan:

Walau bagaimanapun, menteri besar itu dalam satu kenyataan selepas itu menafikan beliau bermasalah dengan DAP di Perak.

Beliau yang bercakap kepada portal berita Free Malaysia Today berkata, kenyataannya di dalam video yang tular hari ini dipetik di luar konteks.