Ini peluang bersihkan nama saya: Najib

Kenyataan Najib berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.
Kenyataan Najib berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diperintah membela diri membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta memilih untuk memberikan keterangan bersumpah.

Menurut beliau, peluang itu akan digunakan untuk membersihkan namanya yang sekian lama terpalit dengan tuduhan berkenaan.

“Saya diperlukan oleh hakim untuk membela diri dalam kes SRC.

“Pilihan saya untuk membela diri ialah dengan memberi keterangan secara bersumpah di mana saya boleh disoal balas oleh pendakwa raya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, saksi-saksi pembelaan juga akan dipanggil ketika perbicaraan yang akan berlangsung pada Disember ini.

“Saya dan peguam-peguam saya juga diberikan peluang untuk memanggil saksi-saksi pembelaan buat kali pertama dalam kes SRC ini.

“Sehingga kini hanya saksi pendakwa raya telah dipanggil dan kali ini saksi-saksi pembelaan akan diberi peluang untuk memberi gambaran sebenar dan membuktikan saya tidak bersalah.

“Insya-ALLAH. Inilah peluang untuk membersihkan nama saya tidak lama lagi di dalam mahkamah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Hari ini, Najib diperintah membela diri selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan wujudnya kes prima facie bagi kesemua tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau diperintah membela diri bagi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana itu.

Keputusan tersebut diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: SRC: Najib diarah bela diri