Namakan anak sempena Taufan Bulbul

Bayi perempuan di Bangladesh dinamakan Bulbuli sempena Taufan Bulbul.
Bayi perempuan di Bangladesh dinamakan Bulbuli sempena Taufan Bulbul.
A
A
A

DHAKA - Seorang bapa di Bangladesh menamakan bayi perempuannya Bulbuli sempena Taufan Bulbul yang membadai negara itu tengah malam semalam.

Bayezid Shikder berkata, dia memilih nama tersebut bagi mengenang isterinya, Homufa Begum yang hampir meninggal dunia ketika melahirkan bayi mereka.

Bayi berkenaan lahir di sebuah pusat pemindahan sementara di Mithakhali awal hari ini ketika taufan ganas tersebut memaksa lebih dua juta penduduk berpindah.

Sementara itu, pegawai pengurusan bencana di Mongla, Md Rahat Mannan berkata, bayi berkenaan dalam keadaan sihat dan ibunya stabil.

“Semasa dibawa ke sini, Homufa dalam keadaan kritikal. Jadi kami memanggil doktor untuk memantau keadaannya,” ujar Md Rahat.

Taufan Bulbul dengan kelajuan angin 120 kilometer sejam (kmj) membadai kawasan pantai di Sundarbans, hutan bakau terbesar dunia yang terletak di Bangladesh dan timur India serta menempatkan spesies terancam termasuk harimau Bengal dan ikan lumba-lumba Irrawadi.

Setakat hari ini, lapan orang disahkan maut manakala jutaan lagi diarah berpindah ke pusat pemindahan sementara. - Agensi

Artikel Berkaitan: