'DAP tahu siapa lawan, siapa kawan' - Guan Eng

Guan Eng (kanan) Foto: Bernama
Guan Eng (kanan) Foto: Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Komponen Pakatan Harapan (PH) diminta bersatu padu mengalahkan pembangkang supaya PH dapat terus memerintah untuk tempoh penuh selama lima tahun, bukan masa lebih singkat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, bukan sahaja pembangkang tetapi termasuk kumpulan yang memainkan sentimen kaum dan agama.

Menurutnya, PH perlu berjaga-jaga kerana sudah pasti ada pihak yang akan menggagalkan usaha kerajaan.

"Masa untuk bertindak hanya tinggal tiga tahun setengah. Itu bukan masa panjang tetapi kita perlukan masa ini untuk pastikan kejayaan.

"Sebab itu kita kena berjaga-jaga supaya kerajaan yang dipilih oleh rakyat tidak akan dirampas oleh kuasa tersebut.

"Ini bahaya, jangan main-main. Apa yang penting dalam politik kita kena kenal siapa kawan, siapa lawan. Kalau anda tak dapat bezakan siapa sebenarnya kawan dan lawan, anda akan gagal," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor di Dewan Sivik MBPJ di sini hari ini.

Guan Eng turut mengingatkan pemimpin PH supaya tidak membuat sebarang perkara yang boleh menguntungkan pembangkang selain tidak dikelirukan mengenai kawan dan lawan.

"Jangan buat apa-apa yang menguntungkan pembangkang. Sekiranya mereka menjadi kerajaan, habislah anda semua.

Artikel Berkaitan:

"DAP akan tahu siapa kawan, siapa lawan. Kita kena bersatu, kita kena teguh dan kuat supaya dapat dukung kerajaan dan realisasikan impian rakyat seluruh negara," katanya.