Ribut tropika Nakri: Angin kencang, laut bergelora di perairan Sabah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat ribut tropika Nakri yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan berhampiran perairan Sabah.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat ribut tropika Nakri yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan berhampiran perairan Sabah.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, MetMalaysia memaklumkan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 901 kilometer (km) ke barat laut dari Kudat, Sabah.

"Berdasarkan pencerapan pada jam 2 petang ini, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 505km ke timur laut dari Ho Chi Minh, Vietnam dan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 15km sejam.

"Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai sehingga 108km sejam," menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: