Ibu ditemui mati dalam rumah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KLANG - Luluh hati seorang anak selepas melihat apabila melihat ibunya terbaring sudah tidak bernyawa di rumahnya di Jalan Besar, Kampung Sri Sembilan, Kapar di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika anak mangsa pulang ke rumah untuk melihat ibunya yang tinggal sendirian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kali terakhir anak mangsa menghubungi ibunya itu sehari sebelum kejadian.

Menurutnya, kira-kira jam 1 petang hari kejadian, anak mangsa cuba menghubungi ibunya namun tidak berjawab.

"Anak mangsa kemudian telah datang ke rumah ibunya dan membuka pintu depan dengan kunci sebelum melihat ibunya dalam keadaan berdarah dan tertiarap atas kerusi di ruang tamu," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan anak mangsa, ibunya mempunyai masalah kesihatan iaitu asma dan darah tinggi selain berjalan menggunakan tongkat.

Pemeriksaan awal pasukan forensik di lokasi mendapati tiada kesan ceroboh dan tiada kehilangan apa-apa barang berharga di rumah mangsa.

Tambahnya, mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan masih dijalankan dan setakat ini kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut," katanya.