Pendidikan fleksibel julang graduan cemerlang warga emas

Dari kanan Fatimah, Mohaizi dan Yap pada majlis Konvokesyen Kolej Universiti Geomatika.
Dari kanan Fatimah, Mohaizi dan Yap pada majlis Konvokesyen Kolej Universiti Geomatika.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sistem pengajaran dan pembelajaran fleksibel yang seiring dengan revolusi industri 4.0 menyaksikan graduan berusia 62 tahun cemerlang menggenggam segulung sarjana pada Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Geomatika (KUG) ke-14 di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di sini.

Fatimah Sham, 60, yang juga salah seorang graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan mengakui sistem pembelajaran di KUG yang cukup baik banyak membantunya menamatkan pengajian.

Dia yang turut sibuk dalam menguruskan perniagaannya dalam bidang kecantikan dan kesihatan melihat mod fleksibel ini memberi peluang mengejar cita-cita untuk melanjutkan pelajaran tanpa mengabaikan perniagaannya.

“Saya dapat lihat sistem pendidikan tinggi di Malaysia mula berubah. Pembelajaran sekarang boleh dilakukan di dalam talian, bukan sepenuhnya berada di dalam kelas.

"Di KUG, kami melaksanakan proses pembelajaran dan pemindahan ilmu pengetahuan melalui GeoLMS iaitu Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System) bersepadu.

Menurutnya, melalui penggunaan portal itu pelajar boleh memuat turun nota, soalan tutorial, memuat naik tugasan malah bersembang dengan pensyarah melalui ‘live chat’.

"Pelbagai aktiviti yang dapat dilaksanakan melalui portal GeoLMS dan yang paling seronok ialah saya boleh melaksanakan aktiviti pembelajaran mengikut kesesuaian masa saya.

"Perjumpaan yang disusun dengan pensyarah juga menjadi lebih bermakna apabila dikhususkan untuk pelajar bertanya dan mendapat penerangan lebih terperinci mengenai sesuatu topik daripada pensyarah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Penerima anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Diploma, Yap Yi Ling, 24, akui impian sejak kecil untuk mendalami ilmu farmaseutikal akhirnya menjadi kenyataan selepas dia melanjutkan pengajian di KUG.

“Selepas tamat sekolah, saya bekerja di klinik untuk ringankan beban keluarga dan belajar ilmu farmasi secara tidak langsung memudahkan pembelajaran di KUG,” katanya.

Pada Majlis Konvokesyen gemilang gemilang itu, seramai 1037 ijazah dianugerahkan kepada pelajar Sarjana, Sarjana Muda dan juga pelajar peringkat Sijil yang terdiri daripada pelbagai jurusan termasuk Geospatial dan Hartanah, Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar dan Hospitaliti.

Hadir sama, Canselor KUG, Raja Datuk Nordiana Raja Zainal Karib Shah; Pro Canselor Profesor, Datuk Dr Naim Mohamad dan Presiden KUG, Profesor Sr Dr Mohaizi Mohamad.

Mohaizi berkata, tema 'Embracing the Future of University' melakarkan arah tuju institusi itu untuk kekal cemerlang pada masa hadapan.

"Pasaran kerja pada masa hadapan akan terfokus pada tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif dengan pemikiran yang kritis berserta keupayaan menggunakan teknologi dengan efektif untuk menghasilkan nilai-nilai baru yang lebih tinggi.

"Demi memenuhi keperluan industri dan masyarakat pada masa hadapan, para graduan perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan pemikiran terkini semasa masih belajar dan juga selepas tamat pelajaran," katanya.