Profesor saman taman hidupan liar

Sistem pengecaman wajah telah digunakan secara meluas sejak beberapa tahun lalu.
Sistem pengecaman wajah telah digunakan secara meluas sejak beberapa tahun lalu.
A
A
A

BEIJING - Seorang profesor undang-undang di China menyaman sebuah taman hidupan liar kerana menguatkuasakan pengecaman wajah.

Menurut Profesor Guo Bing dari Zhejiang Sci-Tech University, Taman Safari Hangzhou melanggar undang-undang perlindungan pengguna dengan mengumpul ciri-ciri individu pelawat secara berkumpulan selepas mewajibkan pengecaman wajah sebelum pengunjung memasuki tempat itu.

Sebelum ini, taman safari tersebut menawarkan pilihan kepada pengunjung iaitu menggunakan sistem cap jari atau pengecaman wajah berteknologi tinggi.

Bagaimanapun pada 17 Oktober lalu, Bing yang merupakan pemegang tiket musim menerima mesej memberitahu sistem taman berkenaan telah dinaik taraf dan pengunjung perlu mendaftarkan butiran mereka menggunakan sistem pengenalan wajah.

"Saya sangat tidak setuju dengan sistem baharu ini. Saya sanggup untuk terus mengimbas cap jari," katanya.

Dia juga diberitahu tidak akan menerima bayaran balik sepenuhnya jika ingin membatalkan kad miliknya.

Sejak lima tahun lalu, China secara aktif melancarkan pengecaman wajah yang pada mulanya untuk meningkatkan keselamatan. - Agensi

Artikel Berkaitan: