MediBike tak harapkan balasan

Muhammad Taufiq menggunakan MediBike untuk memberikan rawatan awal kepada mereka memerlukan.
Muhammad Taufiq menggunakan MediBike untuk memberikan rawatan awal kepada mereka memerlukan.
A
A
A

KUANTAN - Orang ramai di sekitar daerah ini berpeluang menikmati bantu (rawatan) awal membabitkan kes kecemasan, kemalangan dan kecederaan menerusi perkhidmatan MediBike, sejak enam bulan lalu.

Perkhidmatan itu disediakan secara percuma oleh Jabatan Amal Pahang bermula tahun ini bagi membantu merawat kecederaan di peringkat awal sebelum ambulans tiba di sesebuah lokasi kejadian.

Ketua Unit Medik & Penyelamat Jabatan Amal Malaysia negeri, Mohammad Abdul Hasiruddin Abd Hadi berkata, ini adalah tugas sukarela dan mereka membantu ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Niat kita hendak bantu mangsa dengan ilmu yang kita ada sebelum pegawai perubatan tiba di lokasi kejadian.

“Jadi kita beri khidmat itu tanpa harapkan balasan dan niat kerana ALLAH kerana ia adalah sebahagian ibadah,” katanya ketika ditemui di Taman Kerang hari ini.

Perkhidmatan MediBike ini mula ditular di laman sosial Facebook Disember lalu, yang meminta warga Kuantan menghubungi MediBike untuk mendapatkan rawatan awal sebelum tibanya ambulans.

MediBike ini dikendalikan pengurusnya, Muhammad Taufiq Nordin.

Beliau berkata, anggota medik yang bertugas menggunakan motosikal yang dilengkapi dengan bekalan perubatan bagi memudahkan mereka memberi rawatan awal kepada mangsa.

Artikel Berkaitan:

Inilah gambar Muhammad Taufiq yang ditular dilaman sosial Facebook.
Inilah gambar Muhammad Taufiq yang ditular dilaman sosial Facebook.

Justeru, menurutnya, bantuan dapat diberikan dengan segera memandangkan mereka boleh bergerak laju tanpa sebarang sekatan.

“Kelebihan MediBike adalah boleh sampai ke lokasi seawal mungkin selepas menerima panggilan daripada orang ramai,” katanya.

Jelasnya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana anggota yang memberi rawatan itu mempunyai sijil sah dan bertauliah.

“Kita benarkan anggota yang mempunyai sijil kelayakan sahaja berikan rawatan kepada mangsa kemalangan.

“Malah kita juga mengikut garis panduan yang ditetapkan semasa menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa, dan tidak meninggalkan mangsa sebelum ambulans tiba,” katanya.

Sasar setiap daerah ada MediBike

Mohammad Abdul Hasiruddin memberitahu, setakat ini hanya terdapat tiga motosikal di daerah ini dan pihaknya berhasrat untuk menambah bilangan tersebut.

Selain itu, katanya, di daerah Temerloh juga dalam proses untuk mewujudkan MediBike ini bagi membantu orang ramai di kawasan sekitar daerah itu.

Antara kerja-kerja amal yang sudah dilaksanakan sejak enam bulan penubuhan MediBike.
Antara kerja-kerja amal yang sudah dilaksanakan sejak enam bulan penubuhan MediBike.

“Kalau boleh kita mahu beri perkhidmatan kepada masyarakat secara meluas dengan adanya MediBike di setiap daerah sekurang-kurang dua buah motosikal.

“Ini bagi membolehkan anggota Medik bergerak memberi rawatan awal kepada orang memerlukan,” katanya.

Perubatan ditanggung sendiri

Dalam pada itu, Mohammad Abdul Hasiruddin berkata, bekalan perubatan kebiasaan ditanggung oleh pihaknya sendiri.

Beliau mengakui bekalan ubatan dan kelengkapan lain amat mahal, namun demi membantu masyarakat mereka terpaksa menggunakan wang poket untuk memastikan bekalan terbabit sentiasa ada.

Muhammad Taufiq menunggang MekiBike bagi membantu warga Kuantan yang menghadapi kecederaan, kemalangan dan sebagainya.
Muhammad Taufiq menunggang MekiBike bagi membantu warga Kuantan yang menghadapi kecederaan, kemalangan dan sebagainya.

“Bila ada yang memberi dana kami bersyukur kerana dari situ kita dapat membeli ubat-ubatan dan kelengkapan lain untuk kerja amal ini,” katanya.

Kepada yang ingin menderma dan perkhidmatan MediBike boleh menghubungi ditalian 013-5862016 (7624427437 akaun Cimb atas nama Muhammad Taufiq)