Yakult usaha tingkat kesedaran kanser

Siew Ling (duduk dua dari kanan) bersama peserta Kempen Kesedaran Kanser Payudara Sehari Bersama Yakult di KTS Hospital semalam.
Siew Ling (duduk dua dari kanan) bersama peserta Kempen Kesedaran Kanser Payudara Sehari Bersama Yakult di KTS Hospital semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Perintis minuman probiotik, Yakult (Malaysia) Sdn Bhd terus memainkan peranan aktif dalam meningkatkan kesedaran rakyat negara ini tentang kanser khususnya kanser payudara dan usus besar.

Pengurus Kanan Jabatan Perhubungan Awam dan Sains Yakult, Lim Siew Ling berkata, pihaknya berterusan memberikan maklumat tentang kanser memandangkan ia antara pembunuh utama rakyat negara ini.

“Kami ingin menekankan tentang pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Ia juga selaras dengan falsafah syarikat yang menekankan penggunaan probiotik iaitu bakteria berfaedah untuk mengurangkan risiko kepada masalah kanser dan penyakit.

“Jangan tunggu sakit, barulah ingin mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Sebab itu setiap tahun, kita adakan kempen kesedaran kanser.

“Begitu juga dengan program khidmat sosial lain, kita juga aktif memberikan kesedaran kepada komuniti melalui aktiviti sukan dan melalui aktiviti sihat ke sekolah-sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Kempen Kesedaran Kanser Payudara Sehari Bersama Yakult yang diadakan di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS Hospital) di sini semalam.

Program itu disertai kira-kira 100 peserta dan pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya bicara kesihatan bersama pakar, demo masakan bersama Yakult, pemeriksaan payudara percuma dan bicara kerjaya bersama Yakult.

Sesi Bicara Kesihatan pula menampilkan pakar bedah dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr Nor Hisham Muda dan Dietition dari KTS Hospital, Aziah Aziz.

Artikel Berkaitan:

Siew Ling
Siew Ling

Siew Ling berkata, Yakult kini mempunyai kira-kira 500 Yakult Ladies atau Wanita Yakult di seluruh negara.

“Kita memberikan peluang pekerjaan kepada golongan wanita khususnya suri rumah yang memerlukan bantuan untuk menampung kos perbelanjaan keluarga.

“Kita juga ingin membantu wanita yang berada dalam kesusahan seperti ibu tunggal, wanita yang mempunyai anak atau ahli keluarga yang sakit serta mereka yang memerlukan pendapatan tambahan.

“Malah lebih 20 peratus Wanita Yakult ini terdiri daripada ibu tunggal. Kelebihan Wanita Yakult ini adalah mereka mempunyai masa yang fleksibel untuk menghantar barangan kepada pelanggan dan pada masa yang sama dapat menjaga keluarga,” katanya.

Beliau berkata, Wanita Yakult kini telah melebarkan sayap di seluruh negara dan dalam perancangan ke Sabah pada masa akan datang.

“Mereka yang menjadi Wanita Yakult ini akan diberikan bimbingan dan latihan daripada pihak kami.

“Sesiapa yang berminat untuk menjadi Wanita Yakult boleh melayari laman web Yakult iaitu www.yakult.com.my dan tinggalkan mesej berminat untuk menjadi Wanita Yakult dan nyatakan dari kawasan mana.

“Pegawai kita daripada Yakult akan hubungi dan kita akan adakan satu sesi temu duga bersama mereka untuk melihat kesesuaian,” katanya.