Lokman Adam pertimbang cabar dakwaan hina mahkamah

Lokman
Lokman
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang didakwa mengugut saksi dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang mempertimbangkan untuk mencabar dakwaan penghinaan atau mengetepikannya, kata peguam.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Wan Aizuddin Wan Mohamad yang mewakili Lokman memberitahu hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah bahawa Pejabat Peguam Negara menyediakan dokumen tambahan mahkamah pada 5 November.

“Saya sedang mencari tarikh pengurusan kes lain untuk memutuskan sama ada meneruskan pertuduhan atau mengetepikannya,” katanya.

Menurut laporan portal itu lagi, Sequerah menetapkan 22 November untuk kemas kini kes itu.

Peguam Negara, Tommy Thomas diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa Kunyalam merupakan sebahagian daripada pasukan pendakwaan 1MDB. Lokman juga hadir di mahkamah hari ini.

Pada 22 Oktober lalu Sequerah membenarkan Tommy memulakan prosiding komital terhadap Lokman kerana didakwa mengugut Amhari Efendi Nazaruddin, saksi kelapan dalam kes itu.

Sebelum itu dalam laporan polisnya, Lokman meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mendakwa Amhari kerana menerima wang daripada ahli perniagaan buruan Low Taek Jho.

Beliau juga memuat naik video mengulangi tuduhan dalam laporan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Dalam perbicaraan 1MDB, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan 25 tuduhan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau dituduh menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah RM2.28 bilion pada Februari 2011 dan Disember 2014.

ARTIKEL BERKAITAN: Ugut saksi 1MDB: Pengurusan kes komital Lokman Adam 22 November