MBJB berjaya selesaikan 11,487 aduan

Amran ketika ditemui selepas Mesyuarat Penuh Bilangan 10 Tahun 2019 MBJB di Dewan Inai Merah Bangunan MBJB di sini.
Amran ketika ditemui selepas Mesyuarat Penuh Bilangan 10 Tahun 2019 MBJB di Dewan Inai Merah Bangunan MBJB di sini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 11,487 iaitu 81.3 peratus daripada 14,130 aduan yang dibuat setakat Oktober sejak awal tahun lalu berjaya diselesaikan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Datuk Bandar MBJB, Datuk Amran A Rahman berkata, kesemua aduan berkenaan melibatkan masalah kerosakan jalan raya, pokok tumbang, lampu jalan rosak dan aduan perniagaan oleh penjaja.

“Daripada jumlah yang diselesaikan, sebanyak 68.4 peratus (7,857 aduan) daripadanya berjaya kita selesaikan hanya dalam tempoh kurang 15 hari manakala selebihnya memerlukan sedikit masa tetapi telah diatasi.

“Ini kerana penyelesaian aduan melebihi tempoh 15 hari ini adalah disebabkan proses-proses yang perlu dilaksanakan sebelum langkah penyelesaian diambil kerana ia melibatkan kos dan projek yang besar,” katanya pada Mesyuarat Penuh Bilangan 10 Tahun 2019 MBJB di Dewan Inai Merah, Bangunan MBJB di sini.

Amran berkata, MBJB juga akan berusaha menambah baik sistem pengurusan aduan dari masa ke semasa terutama membabitkan aspek penyediaan sistem saluran aduan dan tempoh masa penyelesaian aduan.

Dalam perkembangan sama beliau turut memberi ingatan berkenaan proses pembaharuan lesen perniagaan dan iklan bagi tahun hadapan masih dibuka sehingga 30 November ini.

“Kita nak ingatkan sebab jika ada permohonan pembaharuan lesen dikemukakan pada 1 Disember ini mereka akan dikenakan caj penalti kelewatan sebanyak 10 peratus daripada kadar semasa lesen.

“Selain itu bagi pemilik yang gaga memperbaharui lesen perniagaan dalam masa ditetapkan iaitu sehingga 31 Disember tahun ini, lesen mereka akan dibatalkan serta merta,” katanya.

Artikel Berkaitan: