Mak, mak di mana?...

Gambar dari kiri: Muhammad Iqramm, Wira Iskandar, Ahmad Taufiq
Gambar dari kiri: Muhammad Iqramm, Wira Iskandar, Ahmad Taufiq
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur sedang mengesan ibu kandung atau waris kepada dua kanak-kanak dan seorang remaja lelaki bagi urusan dokumen dan penempatan.

JKM Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan memaklumkan, Muhammad Iqram yang berusia 10 bulan diserahkan seorang wanita kepada sepasang suami isteri untuk dijaga selepas bayi tersebut dilahirkan pada 25 Januari lalu.

"Penyerahan berlaku di sebuah kediaman di Kiara East Suite Dex, Taman Mastiara, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan ketika serahan dilakukan tiada sebarang dokumen kanak-kanak diberikan bagi membantu pasangan suami isteri tersebut mendaftar kelahiran kanak-kanak,” katanya.

Kanak-kanak bernama Wira Iskandar Abdul Hakim, 3, pula diserahkan ibu kandungnya, Yusma Irdawaty Mohd Said, 34, kepada JKM Kuala Lumpur di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas melahirkan kanak-kanak itu pada tahun 2016.

Menurut kenyataan itu, ibu kanak-kanak tersebut yang beralamat terakhir di Jalan Chow Kit menghilangkan diri dan gagal dikesan sehingga kini.

“JKM juga sedang mengesan ibu kandung atau waris remaja bernama Ahmad Taufiq Al Iman yang berusia 13 tahun.

“Remaja ini diserahkan seorang warga Indonesia bernama Aminah kepada Norazlinda Ismail di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak dilahirkan,” katanya.

Sehubungan itu, ibu kandung dan waris kepada kanak-kanak dan remaja berkenaan diminta tampil ke cawangan JKM Kuala Lumpur di Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang, Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-26124000 bagi memberikan maklumat berkaitan.

Artikel Berkaitan: