Polis Marin patahkan cubaan seludup ketum

Polis menunjukkan daun ketum yang dirampas.
Polis menunjukkan daun ketum yang dirampas.
A
A
A

KUALA PERLIS - Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Langkawi berjaya mematahkan cubaan menyeludup dua plastik berisi daun ketum ke Thailand melalui laluan Batu Putih, Kuala Perlis.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, plastik tersebut dibawa keluar ke negara itu menggunakan sebuah motosikal namun penunggangnya berjaya meloloskan diri.

Beliau berkata, sebelum meloloskan diri, lelaki berkenaan telah mencampakkan plastik berisi daun ketum ke tebing laluan masuk Tandop.

"Hasil pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan berkenaan turut menemui sembilan bungkusan berisi daun ketum," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rosman, anggaran berat bagi kesemua bungkusan plastik tersebut adalah lebih kurang 200 kilogram (kg) dengan anggaran nilai sebanyak RM10,000.

"Kesemua 11 bungkusan plastik tersebut diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kangar untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat bawah Akta Racun 1952.

Dalam masa yang sama, Rosman turut menegaskan bahawa pihaknya akan sentiasa memantau dan membanteras kegiatan penyeludupan di sepanjang laluan keluar masuk negara.

Artikel Berkaitan: