X

Kindly register in order to view this article
!

Sahabat Korporat TH sumbang RM9.8 juta kepada jemaah haji

TH menyampaikan penghargaan kepada Sahabat Korporat TH pada Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dalam satu majlis hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 28 organisasi korporat dan syarikat swasta tampil menyertai Sahabat Korporat Lembaga Tabung Haji (TH) dengan menyalurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan jemaah haji ke Tanah Suci berjumlah RM9.4 juta pada tahun ini.

Pengerusi TH, Tan Sri Md Nor Yusof berkata, antara barangan keperluan haji disumbangkan selain wang tunai adalah beg beroda, beg sandang, bahan bacaan iaitu buku-buku doa, tikar sejadah, kelengkapan harian dan peralatan kesihatan untuk manfaat jemaah haji di Tanah Suci.

“Program seumpama ini banyak membantu meringankan beban kewangan dan juga memberi kemudahan kepada para bakal jemaah haji ketika menyediakan kelengkapan barangan keperluan untuk kegunaan ketika berada di Tanah Suci,” katanya hari ini.

Terdahulu TH mengadakan Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan kepada Sahabat Korporat TH yang terdiri daripada badan-badan korporat, syarikat swasta dan agensi-agensi kerajaan yang telah menyumbang kepada jemaah haji musim 1440H/2019M yang lalu.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.

Md Nor berkata, kejayaan operasi haji itu adalah hasil daripada hubungan erat dan kerjasama padu yang diberikan daripada pelbagai pihak terutamanya agensi kerajaan dan swasta dan TH akan terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada jemaah haji negara.

Beliau juga menegaskan pihak TH akan sentiasa memberikan penekanan kepada aspek kebajikan dan keselesaan jemaah haji dari semasa ke semasa selain berharap lebih banyak badan-badan korporat dan syarikat swasta tampil untuk memberikan sokongan.

“TH berharap lebih banyak badan-badan korporat dan syarikat swasta untuk tampil memberikan sokongan dengan menyertai program ini pada musim-musim haji akan datang demi untuk menjamin kebajikan dan kesejahteraan para jemaah menunaikan ibadah haji,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf