Perubahan iklim: 11,000 saintis beri amaran

Penunjuk perasaan mengadakan protes terhadap perubahan iklim di Washington DC. - Foto AFP
Penunjuk perasaan mengadakan protes terhadap perubahan iklim di Washington DC. - Foto AFP
A
A
A

OXFORD - Lebih 11,000 saintis mengisytiharkan darurat iklim yang boleh membawa kepada penderitaan tidak terhingga melainkan terdapat perubahan besar dalam cara kehidupan manusia.

Penandatangan dari 153 negara menerusi surat yang diterbitkan dalam Majalah Bioscience berkata, saintis mempunyai tanggungjawab moral untuk memberi amaran kepada manusia tentang sebarang ancaman yang wujud.

"Untuk menjamin masa depan yang mampan, manusia mesti mengubah cara kita hidup. Usaha ini memerlukan transformasi besar melibatkan bagaimana masyarakat global hari ini berinteraksi dengan ekosistem semula jadi," katanya.

Penandatangan mencadangkan enam langkah bagi mengurangkan kesan buruk dalam perubahan iklim antaranya menggantikan bahan bakar fosil dengan tenaga boleh diperbaharui yang rendah karbon, mengurangkan pelepasan pencemaran seperti metana dan melindungi ekosistem bumi.

Pakatan saintis yang diketuai William Ripple dan Christopher Wolf dari Oregon State University, Amerika Syarikat (AS) turut memaklumkan, krisis iklim berlaku lebih cepat berbanding jangkaan kebanyakan penyelidik.

"Sebagai Perikatan Santis Dunia, kami bersedia membantu pembuat keputusan dalam melakukan peralihan ke arah masa depan yang mampan dan saksama.

"Manusia perlu bertindak untuk mengekalkan kehidupan di planet bumi, satu-satunya rumah kita," katanya lagi.

Difahamkan, surat tersebut diterbitkan sehari selepas Presiden AS, Donald Trump menarik diri secara rasmi daripada Perjanjian Iklim Paris 2015. - Agensi

Artikel Berkaitan: