Teliti projek tebus tanah di Batu Ferringhi

Kon Yeow
Kon Yeow
A
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang akan meneliti cadangan pemaju swasta berhubung projek tebus guna tanah seluas 121.4 hektar di Batu Ferringhi di sini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan Pulau Pinang itu belum dikemukakan sebarang permohonan pelan induk.

Menurutnya, projek tersebut berbeza dengan projek pembangunan resort dan spa pantai di Batu Ferringhi seperti yang digembar-gemburkan beberapa pihak sebelum ini.

"Permintaan Untuk Cadangan (RFP) yang dibuat kerajaan Pulau Pinang menerusi Perbadanan Ketua Menteri (CMI) adalah untuk pembangunan projek resort dan spa pantai di tanah datar yang terletak di Batu Ferringhi. Ia berbeza dengan projek tebus guna tanah seluas 121.4 hektar di kawasan sama oleh pihak swasta.

"Projek resort dan spa pantai ini terletak di atas tanah seluas 1.7 hektar yang diasingkan kepada CMI yang mana ia merupakan tapak lama penempatan semula tsunami," katanya pada sidang akhbar di Dewan Sri Pinang di sini.

Beliau berkata, RFP yang dijalankan adalah untuk entiti persendirian dalam merekabentuk, membina, mengendalikan dan memindahkan untuk tempoh pajakan selama 30 tahun.

"Pemindahan pajakan itu dibuat dengan pilihan dalam memperbaharui selama tempoh 30 tahun berturut-turut yang membawa tempoh sewa selama 90 tahun.

"Tidak ada pantai di tanah tersebut, ia adalah tebing dan terletak berhampiran Miami Beach dan Moonlight Bay," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu Penasihat Penang Citizen Awareness Chant Group, Yan Lee meminta kerajaan Pulau Pinang menjelaskan mengenai cadangan projek tebus guna tanah 121.4 hektar di Batu Ferringhi untuk projek bercampur pembangunan mewah.