Lelaki maut langgar bas pekerja

Keadaan bas pekerja yang terlibat dalam kemalangan terbabit.
Keadaan bas pekerja yang terlibat dalam kemalangan terbabit.
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah bas pekerja di persimpangan tiga Jalan Besar-Jalan Keluli 10 di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi, mangsa berusia 19 tahun itu dipercayai dalam perjalanan ke sebuah kilang di Pasir Gudang bagi menjalani latihan praktikal.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa gagal mengelak sebuah bas dari arah bertentangan yang tiba-tiba mahu membelok ke simpang kanan.

“Mangsa kemudiannya telah berlanggar dengan bahagian depan bas terbabit dan tercampak ke arah sebuah kereta yang ketika itu sedang berhenti di simpang kiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: