39 mayat dalam kontena: Vietnam tahan lapan individu

To Lam menjawab soalan media berhubung tragedi penemuan 39 mayat di London.
To Lam menjawab soalan media berhubung tragedi penemuan 39 mayat di London.
A
A
A

HANOI - Polis Vietnam menahan lapan individu berhubung penemuan 39 mayat dalam lori kontena di kawasan perindustrian di Essex berhampiran London, 23 Oktober lalu.

Ketua Polis Wilayah Nghe An, Nguyen Huu Cau berkata, berdasarkan maklumat daripada suspek, pihaknya akan melancarkan siasatan secara aktif bagi membanteras rangkaian kumpulan yang bertanggungjawab membawa masuk orang secara haram ke Britain.

Sementara itu, dua kumpulan keselamatan awam dan pegawai luar negeri telah selamat tiba di United Kingdom (UK) hujung minggu lalu di mana keutamaan penting delegasi itu adalah mempercepatkan pengesahan identiti mangsa.

Menteri Keselamatan Awam, To Lam berkata, misi mereka adalah membawa pelbagai dokumen penting dan sampel DNA bagi dipadankan dengan pihak UK untuk mencapai kesimpulan akhir.

"Jika mangsa adalah warga Vietnam, kami akan cuba membawa mereka pulang ke tanah air dengan cara paling cepat," katanya. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: 39 mayat dalam kontena dipercayai warga Vietnam

Artikel Berkaitan: