Penunggang maut dirempuh lori ais

Motosikal mangsa terperosok di bawah lori ais.
Motosikal mangsa terperosok di bawah lori ais.
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang penunggang motosikal warga Bangladesh maut selepas dirempuh lori ais di persimpangan Taman Bertam Perdana di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Mizan, 39, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di badan dan kepala.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah Jalan Paya Keladi menuju Taman Bertam Perdana.

Menurutnya, ketika berada di persimpangan berkenaan mangsa memberi signal untuk membelok ke kanan namun lori ais yang datang dari arah sama merempuhnya dari arah belakang.

"Sebuah kereta Produa Alza yang berada di laluan berkenaan turut dirempuh lori ais berkenaan. Bagaimanapun pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Akibat kejadian itu, penunggang motosikal terpelanting di atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Noorzainy berkata, mayat penunggang motosikal dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: