Kucing 'merajuk' tak mahu balik rumah

Aksi kucing 'merajuk' cuit hati netizen.
Aksi kucing 'merajuk' cuit hati netizen.
A
A
A

AKSI seekor kucing 'merajuk' tidak mahu pulang ke rumah tular di laman sosial menarik perhatian netizen.

Video durasi seminit itu dimuat naik di Twitter @dyradyre memaparkan seekor kucing dewasa bernama Oren dipujuk oleh pemiliknya namun kucing itu seolah-olah tidak menghiraukan pujukan itu sambil menoleh ke tempat lain.

Setelah melakukan pelbagai cara akhirnya Oren keluar dari pintu pagar sebuah rumah tidak berpenghuni.

Perkongsian video itu mencuit hati netizen yang menyifatkan Oren seekor kucing yang manja dan comel.

Kata @RosmanPositivo,"Kucing-kucing nakal macam ini selalunya memang manja dengan ayahkan," ciapnya.

"Kucing memang manja eh dengan abah ni, dengan aku kucing aku manja jugak tapi kalau dengan bapa aku lagi dia mengada nak mampuih," ciap @faramegat_ pula.

Video itu meraih lebih 609,700 tontonan, 38,700 tanda suka dan 42,500 ulang ciap daripada netizen.

Artikel Berkaitan: