[VIDEO] Baru 11 tahun, budak nyanyi rap buat netizen kagum

Tangkap layar rakaman video menunjukkan Ivan menyanyi rap berjudul Tepok yang dipopularkan MK (K-Clique) Bersama MeerFly dan Kidd Santhe kini tular di media sosial yang meraih 1.2 juta tontonan
Tangkap layar rakaman video menunjukkan Ivan menyanyi rap berjudul Tepok yang dipopularkan MK (K-Clique) Bersama MeerFly dan Kidd Santhe kini tular di media sosial yang meraih 1.2 juta tontonan
A
A
A

TUARAN - Video yang memaparkan seorang kanak-kanak menyanyi ala rappers berjudul Tepok yang dipopularkan MK (K-Clique) Bersama MeerFly dan Kidd Santhe membuatkan netizen kagum dengan bakatnya.

Video berdurasi 1 minit 36 saat yang memaparkan kanak-kanak berusia 11 tahun, Ivan Cheng menyanyi di dalam kereta dikongsi oleh Sabah Bah di Facebook kini tular di media sosial dan meraih 1.2 juta tontonan.

"Peh, terbaik adik kau rap lagu ini, sempurna macam penyanyi asal, kau boleh pergi jauh lagi ini. Jika itu impian kau untuk menjadi seorang rapper, teruskan dik...abang akan sentiasa menyokong," kata Lah Mami di ruangan komen.

Wani Ardiana turut menulis, "Fuhh, ada gaya dah macam penyanyi rapper..kau rap dalam kereta...terbaik dik, rasa kagum kau boleh rap lagu tepuk."

Sementara itu, Viviz Wille, ibu kepada Ivan ketika dihubungi berkata dia tidak menyangka anak sulungnya itu mempunyai bakat menyanyi rap walaupun baru berusia 11 tahun.

Menurutnya, Ivan hanya mengambil masa seminggu untuk menghafal lagu tersebut.

Antara reaksi netizen yang kagum dengan Ivan yang pandai menyanyi rap walaupun baru berusia 11 tahun
Antara reaksi netizen yang kagum dengan Ivan yang pandai menyanyi rap walaupun baru berusia 11 tahun

"Saya perasan yang dia meminati lagu itu sejak diputarkan di radio. Tapi saya tak tahu dia pandai rap sehinggalah video ini dirakam. Saya pun terkejut dengan kebolehannya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Viviz turut mengakui dia berbangga kerana anaknua mempunyai bakat untuk menjadi seorang penghibur kerana bukan mudah menghafal lagu ini dalam masa seminggu dengan usianya yang baru masuk Darjah 5.

Katanya, video itu mula tular selepas dikongsi satu Facebook kumpulan dan mendapat tontonan sehingga satu juta dalam tempoh tujuh hari.

Tambahnya, dia juga berharap naknya berpeluang berduet dengan MK yang merupakan artis idolanya.

"Saya tahu memang payah nak jumpa MK tapi kalau dapat itu merupakan rezekinya kerana dia memang minat dengan MK dan kalau boleh dia nak berduet bersama MK," katanya.