Benjamin Mora harap selesai 90 minit

Pemain-pemain JDT giat menjalani latihan menjelang aksi menentang Kedah pada pentas akhir Piala Malaysia malam ini. - Foto Malaysian Football League
Pemain-pemain JDT giat menjalani latihan menjelang aksi menentang Kedah pada pentas akhir Piala Malaysia malam ini. - Foto Malaysian Football League
A
A
A

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berharap pertembungan menentang Kedah dalam aksi final Piala Malaysia dapat ‘diselesaikan’ dalam tempoh 90 minit perlawanan.

Tiada niat untuk merendahkan kemampuan pasukan bimbingan Aidil Sharin, Mora mendedahkan kualiti bermain dalam tempoh 90 minit tanpa mengheret ke masa tambahan dilihat lebih sesuai buat kedua-dua pasukan.

Jelas lagi Mora ketika ditanya adakah skuad Harimau Selatan sudah bersedia untuk bermain dalam masa tambahan atau penentuan sepakan penalti, beliau percaya kedua-dua pasukan akan berusaha keras memastikan aksi final Piala Malaysia akan berakhir dalam tempoh 90 minit.

“Saya fikir kedua-dua pasukan mahu menamatkan perlawanan dalam tempoh 90 minit. Saya tidak fikir kita mahu bermain sehingga 120 minit atau ke penentuan sepakan penalti.

“Kedua-dua pasukan mahu bermain di tahap terbaik dan tempoh 90 minit itu adalah satu tempoh bagus buat pasukan bagi menggelakkan masalah keletihan pemain dan sebagainya.

“Apapun kita tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi sudah pasti JDT akan bermain seperti biasa dan memberikan persembahan terbaik dalam aksi final Piala Malaysia nanti,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Mora turut percaya pasukan yang mengurangkan kesilapan dan memanfaatkan setiap peluang akan menjadi faktor utama untuk menjurai Piala Malaysia musim ini.

“Mana-mana pasukan yang mengurangkan kesilapan dan bermain dengan baik seperti yang dirancang, mereka akan menjadi juara.

Artikel Berkaitan:

“Itulah yang saya harapkan dan saya percaya kami mampu melakukan sesuatu kerana JDT sentiasa memiliki visi untuk melakarkan kejayaan,” katanya.