Sanggup menyorok celah mesin

Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu di premis industri di sekitar Kota Damansara, Petaling Jaya dan Bandar Sultan Suleiman, Klang semalam.
Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu di premis industri di sekitar Kota Damansara, Petaling Jaya dan Bandar Sultan Suleiman, Klang semalam.
A
A
A

KLANG - Terdesak untuk melepaskan diri daripada dicekup, segelintir pendatang asing tanpa izin (PATI) sanggup menyorok dicelah-celah mesin dan kotak.

Bagaimanapun, cubaan itu berjaya dikesan menerusi operasi Ops Bersepadu di tiga premis industri di Kota Damansara, Petaling Jaya dan Bandar Sultan Suleiman, di sini semalam.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, operasi kira-kira sembilan jam bermula jam 10 pagi itu telah menahan 99 orang PATI hasil pemeriksaan terhadap 250 warga asing.

Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu di premis industri di sekitar Kota Damansara, Petaling Jaya dan Bandar Sultan Suleiman, Klang semalam.
Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu di premis industri di sekitar Kota Damansara, Petaling Jaya dan Bandar Sultan Suleiman, Klang semalam.

"Pecahan tangkapan mendapati PATI berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun itu terdiri daripada 51 warga Bangladesh, India (34), 11 Myanmar dan Nepal (tiga).

"PATI ini dikesan melakukan kesalahan tinggal di Malaysia tanpa permit yang sah, tinggal lebih masa, melanggar syarat pas yang diberikan selain menyalahgunakan pas lawatan kerja sementara (PLKS)," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, kesemua tangkapan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor untuk siasatan lanjut dan akan direman selama 14 hari untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) akta yang sama serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, siasatan juga tertumpu kepada majikan yang menggajikan PATI dan sekiranya terbukti, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang.

Artikel Berkaitan:

"Imigresen sentiasa komited untuk terus menjalankan operasi bagi membendung gejala PATI dari semasa ke semasa," katanya.